Posts

Showing posts from 2016

Beliaulah Agong Kita Semua

Image
Beliau Satu-satunya Sultan di Malaysia yang menukar seruan 'Daulat Tuanku' kepada kalimah "Allahu Akbar" supaya pelafaznya mendapat pahala. Sultan yang bukan sahaja 'Berjiwa Rakyat' tetapi juga "Berjiwa Agama". Hasil didikan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Di kasihi, Baginda sangat menghormati para Alim Ulama dan Menyokong Perlaksanaan Undang-Undang Islam. Berdoalah kita semoga tercapai. Berjubah dan berkopiah sudah menjadi kebiasaanya. Dialah Raja dan dialah Imam. Berasal dari Bumi Serambi Mekah (Kelantan). Dialah Raja yang rakyat dari berbagai negeri di Malaysia pun merasa kasih dan sayang padanya. Semoga Allah Ta'ala memberkati dan memanjangkn usia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke- 15. Aamiin. Subhan Allah (سبحان الله) Alhamdulillah (الحمد لله) Allahu Akbar (الله أكبر) اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، Kredit : Abdul Hafiz

Sultan Muhammad V menyerukan lafadz Daulat Tuanku menjadi "Allahu Akbar"

Image
KUALA LUMPUR – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Okt lepas, bagi tempoh lima tahun bermula hari ini. Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 semalam. Kitty Live - Live Streaming Ingin tahu cewek-cewek seksi di dekatmu? Berbincanglah dengan mereka sekarang. Install Now Upacara di balairung seri hari ini bermula dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh kedua-dua Seri Paduka Baginda. Mesyuarat Khas...

Denda RM3,000, penjara jika tak tunai solat Jumaat

Image
Ia susulan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang disokong sebulat suara. Lelaki Muslim yang tidak menunaikan solat Jumaat di Terengganu bakal berdepan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun tidak lama lagi. Ia susulan pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah (Takzir) Terengganu 2001 yang disokong sebulat suara oleh para Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menghadiri persidangan dewan hari ini. Pindaan Seksyen 16 berkaitan perkara tidak menunaikan solat Jumaat dibentangkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri Ghazali Taib. Source : Malaysiakini

Bad News = Unfriend : Unfollow : Hide

Image
Ketika media tidak berimbang, ternyata jauh lebih beruntung bagi mereka yang hanya menonton kartun seperti Naruto, One Piece ataupun drama Korea dan semacamnya. Walaupun dulunya, saya memandang sepele dengan mereka yang menghabiskan waktu mereka dengan hal yang demikian. Sekarang, banyak diantara kita lebih layan menonton channel Saranghae, sinetron, Boiboiboy, National Geography dan sejenisnya. Cerita-cerita yang positif saja. Terus, bagaimana kita mendapatkan berita? Ya dari media sosial. Cukup berimbang. Sekarang? Media sosial sebagian besar isinya negatif terus. Orang-orang yang dulunya berimbang sekarang entah kenapa menjadi sangat berpikiran pendek, panas baran, emosional, dan singkatnya bad news. Nampaknya, sama seperti surat kabar dan tv, ini adalah waktunya kita memilah sumber-sumber tulisan yang negatif. Mungkin dari unfollow, hide, dan bahkan unfriend jika diperlukan. They are bad news to us. Untuk apa cari yang negatif-negatif ya? Mendingan kita cari yang positi...