Posts

Showing posts from December, 2016

Beliaulah Agong Kita Semua

Image
Beliau Satu-satunya Sultan di Malaysia yang menukar seruan 'Daulat Tuanku' kepada kalimah "Allahu Akbar" supaya pelafaznya mendapat pahala. Sultan yang bukan sahaja 'Berjiwa Rakyat' tetapi juga "Berjiwa Agama". Hasil didikan Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Di kasihi, Baginda sangat menghormati para Alim Ulama dan Menyokong Perlaksanaan Undang-Undang Islam. Berdoalah kita semoga tercapai. Berjubah dan berkopiah sudah menjadi kebiasaanya. Dialah Raja dan dialah Imam. Berasal dari Bumi Serambi Mekah (Kelantan). Dialah Raja yang rakyat dari berbagai negeri di Malaysia pun merasa kasih dan sayang padanya. Semoga Allah Ta'ala memberkati dan memanjangkn usia Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, Yang Di-Pertuan Agong Malaysia ke- 15. Aamiin. Subhan Allah (سبحان الله) Alhamdulillah (الحمد لله) Allahu Akbar (الله أكبر) اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، Kredit : Abdul Hafiz

Sultan Muhammad V menyerukan lafadz Daulat Tuanku menjadi "Allahu Akbar"

Image
KUALA LUMPUR – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara, di sini. Turut melafaz sumpah memegang jawatan ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Kedua-dua baginda dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-243 (Khas) di Istana Negara, 14 Okt lepas, bagi tempoh lima tahun bermula hari ini. Sultan Muhammad V, 47, menggantikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 semalam. Kitty Live - Live Streaming Ingin tahu cewek-cewek seksi di dekatmu? Berbincanglah dengan mereka sekarang. Install Now Upacara di balairung seri hari ini bermula dengan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-244 (Khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan oleh kedua-dua Seri Paduka Baginda. Mesyuarat Khas...