Allah cukupkan

Pernah tak pergi makan di rumah orang kurang wang. Orang susah, iaitu yang kehidupan mereka susah. Harus bekerja berat. Boleh jadi buat kerja kampung dengan pendapatan yang tidak menentu. Pakaian mereka dan anak-anak sangat sederhana. Pinggan mangkuk sekadar ada. Mereka memasak dalam periuk belanga yang tidak berjenama. Di rumah yang ada tikar getah atau lantai papan. Mereka biasa beli ikan kecil-kecil. Atau makan ikan sungai hasil yang dipancing atau dipukat. Sesekali mereka beli ikan laut. Sayur kadang ada. Kadang hanya makan ulam yang tumbuh liar di sekeliling rumah. Kadang makan ulam yang ditanam. Saya pernah pergi ke rumah begini, mereka sambut dengan hidangan nasi dan lauk. Air teh nipis yang kurang manis. Biasanya kalau makan di rumah begini, mereka masak tidak banyak. Tak sama macam kita. Ikan kecil 5 ekor. Telur goreng 4 biji. Ulam. Sambal. Kami makan bersila di lantai. Makan 7 orang. Tapi cukup je. Barakahnya rezeki bagi orang yang tidak berkira. Meskipun susah, tetap menjamu nasi pada tetamunya. Anak-anak mereka asyik senyum ketawa. Biarpun tidak punya wang, Allah berikan rasa cukup dan kenyang yang puas kepada mereka…

Bukan wang yang mencukupkan, tetapi Allah.

Dzuriasikim Dzulkefli

Comments

Popular posts from this blog

Visi dan Misi serta Schedule PW IPM Sulsel Periode 2014 - 2016

Orang yang dicintai Allah SWT

... KISAH MENGHARUKAN, KETULUSAN CINTA SEORANG SUAMI ...