Posts

Showing posts from May, 2024

KEDUA-DUANYA ADA KANDUNGAN SILIKA.

Image
Evian Mineral Water 500ml Harga lebih daripada RM5 Spritzer Mineral Water 550ml Harga kurang daripada RM2 Jenama Evian sememangnya mahal kerana ia diimport daripada Perancis, sebab itulah harganya menjadi terlalu mahal. Tidak dinafikan kandungan magnesium dan kalsium yang didapati dalam air ini adalah amat tinggi. Tetapi ada satu hal penting yang sukar didapati dalam mana-mana air mineral iaitu silika. Jenama Evian dan Spritzer ialah antara jenama air mineral yang mempunyai kandungan tersebut. Sebenarnya produk tempatan kita yang bernama Spritzer lebih tinggi kandungan silika berbanding jenama Evian. Spritzer = 60mg/L Evian = 14mg/L Apa itu silika? Silika kebiasaannya ditemui dalam bentuk kristal yang boleh didapati dalam makanan dan air yang boleh diserap oleh badan. Salah satunya adalah air mineral semulajadi selain sayuran, buah-buahan dan banyak lagi. Kebaikan mineral silika amat penting untuk pembentukan kolagen dalam badan. Kalau selalu ambil silika, rambut, kuku ataupun kulit ak...

Yuran

Image
Yuran UniKL MAHAL Semalam saya buat satu posting di t1ktok mengenai UniKL vs Mara. Dalam komen² yang diterima, ada satu komen berbunyi lebihkurang begini: Masuk UniKL, pinjam Mara tapi sampai 100k, disertai dengan gelak ketawa Jadi hari ini rasa nak menjawab komen ini, sebab kerap kami berjumpa soalan atau komen seperti ini bila turun padang. Jadi, awas ya. Posting ini agak panjang dan perlu dibaca dengan teliti. 1. Yuran UniKL  Tak dinafikan yuran UniKL memang mahal, walaupun tak semahal yuran di Taylor's, Nottingham, Lim Kok Wing dan lain² IPTS yang mencecah 5 angka. Secara purata, yuran program sarjana muda di UniKL adalah sebanyak rm7,500.00 per semester.  2. Pinjaman pelajaran MARA Ramai yang tahu, MARA menyediakan pinjaman pelajaran boleh ubah kepada pelajar² di UniKL, IPMA dan IPTA/IPTS (bukan semua kursus) terpilih. Pinjaman ini dipanggil pinjaman boleh ubah kerana jumlah pembayaran akan berubah mengikut status nilai CGPA pelajar selepas tamat belajar. Atau bertukar me...

Ada kawan saya, dia berkongsi dengan saya.

Image
Ada kawan saya, dia berkongsi dengan saya.  Dia bekerja dengan majikan Cina.. Setiap hari dia bekerja.. Jualan laku keras. Boleh dikatakan setiap hari akan ada sale. Dari pagi hingga petang. Silih berganti customer masuk membeli.  Satu hari. Keadaan tidak seperti sebelum ini. Jualan tidak laku. Kedai sunyi sepi.  Kedai tak laku. Dari pagi sampai jam 2ptg. Sunyi macam duduk dalam gua.  Dia tengok muka taukey. Taukey tengok muka dia. Lepas tu senyum2 malu. Tak tahu nak buat apa.  Masuk jam 3.30petang. Taukey kata. Jom tutup kedai.  Terus kawan saya mencelah. Aiks, lajunya nak tutup kedai boss. Biasa jam 6petang.. Kenapa? Taukey nya kata, saya perlu balik segera. Supaya esok, kedai akan jadi laku semula. Kawan saya pun. Emm. Ok la. Boleh balik awal hari ni. Yeeaayy..!!! Esok pagi, datang bekerja. Operasi kedai kembali meriah. Customer datang tanpa putus. Laku keras.  Dari pagi sampai petang. Tak sempat nak duduk berehat.  Dia pergi rapat ke boss dia....

Hikmah

Image
AKIBAT TERLALU BAIK DAN PERCAYA MEMBERI UTANG KE KELUARGA,SAUDARA,TETANGGA DAN TEMAN YANG TIDAK TAHU BERTERIMA KASIH DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB SAMPAI TIDAK ADA LAGI MODAL BUAT DIPUTAR. AKHIRNYA USAHA BANGKRUT... SAMA SAJA HANYA MENYAKITI DIRI SENDIRI,TAK ADA YG PEDULI "TERKADANG DIRI TIDAK TEGAAN SAMA ORANG, TAPI ORANG TERKADANG TEGA MENGHANCURKAN BISNIS DAN HIDUPMU" Sumber: Vhayca kdi

Komen Puan Shazwana Hanafi

Terbaca posting keluhan pengusaha dan guru tadika yang rata-ratanya kata kanak-kanak yang dihantar ke taska sekarang pe'elnya pelik-pelik. Saya sendiri baca pun agak seriau. Ini dari komen Puan Shazwana Hanafi: 1. Tak pandai nak bermain, tak pandai nak hiburkan diri sendiri tanpa gajet. 2. Sensory seeking yang pelik untuk umur 5 tahun - jilat gam, jilat bakul sampah, jilat watercolour. 3. Tak ada kesabaran, tak boleh tunggu giliran, tak reti nak take turn. 4. 5 tahun tapi speech masih sepatah-sepatah. 5. Tak faham arahan, tak dengar arahan, tak boleh proses arahan, walaupun arahan mudah. 6. Tak boleh fokus untuk buat apa pun, semua nak cepat siap. 7. 5 tahun masih tak pandai nak makan sendiri, tak pandai urus diri. 8. 5 tahun masih berpampers. 9. Tak tahu bezakan barang kepunyaan sendiri atau kepunyaan orang lain. 10. Tak kenal bahaya. 11 Tak kenal diri sendiri bila nama dipanggil. Berpaling cuma bila dipanggil dengan panggilan “abang/ kakak/ adik” atau nama pendek yang mak selalu...

Jim Thorpe

Image
Ini Jim Thorpe. Tengok dekat gambar tu, nampak dia pakai stokin dan kasut yang berbeza.  Ini bukan kenyataan fesyen. Ia adalah Sukan Olimpik 1912, dan Jim, orang asli Amerika dari Oklahoma mewakili A.S. dalam trek dan padang.  Pada pagi pertandingannya, kasutnya telah dicuri. Nasib baik, Jim akhirnya menemui dua kasut di dalam tong sampah.  Itulah pasangan yang dia pakai dalam foto itu. Tetapi salah satu kasut itu terlalu besar, jadi dia terpaksa memakai stokin tambahan.  Memakai kasut ini, Jim memenangi dua pingat emas pada hari itu. Ini adalah peringatan yang sempurna bahawa anda tidak perlu meletak jawatan dengan alasan yang telah menghalang anda.  Jadi bagaimana jika hidup tidak adil? Apa yang anda akan lakukan hari ini?  Apa sahaja yang anda bangun pagi ini; kasut dicuri, kesihatan yang tidak baik, hubungan yang gagal, perniagaan yang gagal, jangan biarkan ia menghalang anda daripada menjalankan perlumbaan anda.  Anda boleh mengalami lebih banyak ...

𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗔𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗙𝗘𝗦𝗧𝗜𝗩𝗔𝗟 𝗧𝗨𝗥𝗔𝗧𝗛 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠𝗜 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗗𝗜 𝗕𝗨𝗞𝗔

Image
Kami senaraikan link pendaftaran seperti dibawah 👇🏻👇🏻👇🏻👇🏻 Anda boleh dapatkan maklumat lebih lanjut di link tertera: https://www.turathislamiselangor.com/ Daurah Hadis 40 (Sesi 1 sehingga Sesi 12) 26 Mei 2024 - 30 Mei 2024, 8:00 PG - 11:50 PG Shah Alam https://www.turathislamiselangor.com/event-details/daurah-hadis-40-sesi-1-sehingga-sesi-12/form Pameran Al-Wahyu 26 Mei 2024 - 31 Mei 2024, 2:00 PTG -  7:00 PTG Shah Alam https://www.turathislamiselangor.com/event-details/pameran-al-wahyu/form Syarahan Umum I - “Petua-petua Mendalami Ilmu Agama” 29 Mei 2024, 4:30 PTG – 6:00 PTG Masjid Negeri Selangor https://www.turathislamiselangor.com/event-details/syarahan-umum-i-petua-petua-mendalami-ilmu-agama/form Syarahan Perdana I - “Kepentingan Kitab Turath dalam Sejarah Nusantara dan Masakini” 29 Mei 2024, 7:00 PTG – 10:00 PTG Masjid Negeri Selangor https://www.turathislamiselangor.com/event-details/syarahan-perdana-i-kepentingan-kitab-turath-dalam-sejarah-nusantara-dan-masakini/for...

Cerita Aunty

Image
Tadi pergi pasar dengan Adra, ada sorang aunty cina tu bagi tips cara ajar anak. Anak dia 2 org master. Sorang kerja kat China, sorang kat Hong Kong. "Anak kecil lagi macam ni jangan paksa dia tengok buku. Telefon jangan bagi lama. You kena selalu tanya dia. Macam harini you pergi pasar.  Bagitahu dia ini sayur apa ini ikan apa. Sayur ini warna apa. Nanti balik bapak dia balik, suruh dia cerita sama bapak dia.  Mak bawak pergi mana. Beli apa. Beli berapa. Warna apa. Bagi anak you recall, bagi dia boleh cerita semua details." "Dekat rumah, jangan ajar anak masa you berdiri. You tinggi dia rendah, nanti dia rasa ada jarak. You duduk sama dia, baru dia rasa senang dengan you.  Jangan selalu ajar ajar ajar dia. Nanti dia rasa tekanan. Ajar 10 minit, kasi dia main. Nanti dia sudah main happy2, you panggil dia "lai" sini mama mau tanya" Bila bagi anak barang/makanan. Ajar dia untuk kongsi. Contoh bila you kasi dia apple, "nak sikit".  Ajar dari kecil b...

Buat pekerja semua, teruslah hidup [Credit : WKKhuzairey]

Ayah saya dahulu merupakan seorang buruh binaan. Perginya pagi pulangnya petang. Ada satu ketika dia pulang lambat ke rumah dari kebiasaannya. Kami tiada telefon untuk menghubungi satu sama lain. Kerisauan yang dialami ditukarkan menjadi doa kerana bagi yang miskin itu satu satu pengharapan yang ada kerana segala usaha dibatasi dengan kewangan. Matahari perlahan-lahan menghilangkan sinarnya, tiupan angin senja sudah mula mengambil tempat. Emak sudah mula menangis kerisauan. Saya dan abang menunggu ayah dihadapan rumah sepertinya untuk jadi orang pertama yang menjerit bila bayang ayah kami kelihatan. Sekitar kami bertukar gelap tepat jam 8.30 ada suluhan lampu dari motosikal cabuk. Rupanya teman sekerja ayah membawanya pulang. Kami memanggilnya wak. Muka abah kelihatan pucat dan berpeluh tanganya berbalut. Rupa-rupanya tangan sebelah kanan telah termasuk dalam mesin pembacuh simen. Dia menarik paksa tanganya untuk elak sebarang kecederaan. Kesannya tanganya membengkak biru dan lembik. K...

Hari Pekerja

Image
Pekerjaan Paling Baik عن سعيد بن عمير الأنصاري قال : سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- أَىُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ قَالَ : عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ Daripada Said bin Amir al-Ansari berkata, Rasulullah SAW ditanya, “Pekerjaan apakah yang paling baik?” Baginda menjawab, “Pekerjaan seseorang dengan tangannya sendiri dan setiap perniagaan yang baik.” (HR. Baihaqi No: 1222) Status: Sahih lighairihi Pengajaran: 1.  Setiap kita wajib melakukan usaha dan ikhtiar bekerja mencari nafkah dan perbelanjaan kehidupan. 2.  Sumber nafkah hendaklah diperoleh daripada sumber yang halal dan diharuskan syarak. 3.  Pekerjaan yang paling baik ialah yang dilakukan dengan tangan sendiri juga perniagaan yang halal. 4.  Pekerjaan dengan tangan sendiri bermaksud pekerjaan yang dilakukan seseorang tanpa meminta-minta. Pekerjaan tersebut termasuk yang menggunakan tulang empat kerat seperti buruh, tukang, operator juga yang menggunakan kelayakan akademik seperti d...