Ada kawan saya, dia berkongsi dengan saya.
Ada kawan saya, dia berkongsi dengan saya.
Dia bekerja dengan majikan Cina..
Setiap hari dia bekerja..
Jualan laku keras. Boleh dikatakan setiap hari akan ada sale. Dari pagi hingga petang. Silih berganti customer masuk membeli.
Satu hari. Keadaan tidak seperti sebelum ini. Jualan tidak laku. Kedai sunyi sepi.
Kedai tak laku. Dari pagi sampai jam 2ptg. Sunyi macam duduk dalam gua.
Dia tengok muka taukey. Taukey tengok muka dia. Lepas tu senyum2 malu. Tak tahu nak buat apa.
Masuk jam 3.30petang. Taukey kata. Jom tutup kedai.
Terus kawan saya mencelah. Aiks, lajunya nak tutup kedai boss. Biasa jam 6petang..
Kenapa?
Taukey nya kata, saya perlu balik segera. Supaya esok, kedai akan jadi laku semula.
Kawan saya pun. Emm. Ok la. Boleh balik awal hari ni. Yeeaayy..!!!
Esok pagi, datang bekerja. Operasi kedai kembali meriah. Customer datang tanpa putus. Laku keras.
Dari pagi sampai petang. Tak sempat nak duduk berehat.
Dia pergi rapat ke boss dia. Terus dia bisik ke boss dia.
Boss. Nak tanya sikit. Petang semalam boss pergi bomoh kat mana? Kedai laku keras ni.
Bossnya reply sambil senyum..
Ayaa. Islam marah tau bomoh2. Dosa. Cina pun tidak baik tau bomoh2 ini..
Semalam saya balik rumah.
Saya belanja isteri, anak2 dan keluarga makan. Saya bahagiakan orang yg saya sayang dan keluarga terdekat.
Itulah saya lakukan bila saya rasa hidup ini sempit. Selepas saya lakukan ini. Biasanya hidup akan jadi OK maaa...
Comments
Post a Comment