Sisi Gelap Peguam (Credit : Hayat Muhammad)
Sisi Gelap Peguam. 1- Mostly peguam hanya dapat 60% sahaja fee guaman walaupun dah dipersetujui awal. 40% baki biasanya orang tak bayar, tak nak bayar, dan enggan bayar. Ada yang bayar 100% tetapi tak ramai. Orang akan mintak diskaun gila gila. 2- Mostly client kalau terdiri dari kawan-kawan akan bermasalah. Sebab mereka akan mintak tolong bukannya nak lantik peguam professionally pun. Mereka takkan ikut standard legal fees kita tetapi nanti akan bagi “duit air” ikut suka mereka. Kalau ada kawan-kawan yang boleh bayar legal fees dengan baik, mereka sangat dihargai. Ada jer yang langsung tak nak bayar walau satu sen. 3- Mostly kerja peguam sangat tidak ada ketentuan. Sebab keputusan perbicaraan akan ada yang menang, ada yang kalah. Hari tak selalunya cerah. Kadangkala ketika awal, kita rasa boleh menang. Bila semua saksi beri keterangan, fakta yang ada tidak memihak. Kena hadapi apa jua keputusan. Hukuman kadangkala berat. Penjara berpuluh-puluh tahun. Benda ni akan men...