A JOB IS A JOB

A JOB IS A JOB. ITS A WAY TO PAY FOR A LIVING BUT THATS IT❗️DONT LET IT DEFINE OUR HAPPINESS.

Not everyone at your workplace is your friend. Do your job. Get paid. Go home.

Love yourself and your job but not your company ‘coz you may not know when your company stops loving you...😌

Semasa zaman PKP, ada rakan² pilot yang dibuang kerja walaupun kerajaan baru mengumumkan PKP selama dua bulan. 

Ada company yang mengambil kesempatan dari PKP untuk membuang pekerja, dan ada syarikat yang sepantas kilat memotong gaji pekerja mereka.

Dan sehingga sekarang, kebanyakkan gaji pilot² yang ada masih lagi dipotong diantara 20~30% walaupun sektor penerbangan telah pulih kembali seperti sediakala. 

Walau bertahun-tahun pekerja menghambakan diri bekerja untuk syarikat tetapi apabila ada masalah, syarikat akan dengan mudah membuang pekerja begitu sahaja.

Kata² kononnya "The staff is the most important asset of a company" itu hanyalah retorik semata-mata.

Bagi orang muda, Aku nasihatkan mereka agar dapatkan pengalaman kerja dahulu, tambahkan ilmu dan skil, dan jangan terlalu memikirkan mengenai gaji. 

Hanya setelah mendapatkan pengalaman dua tiga tahun bekerja, barulah cari peluang pekerjaan lain dengan tambahan gaji. 

By that time, you can prove yourself, recognizing that you have something valuable to offer as an employer.

Kepada rakan² yang baru menerokai alam pekerjaan, jangan terpedaya dengan janji² manis dari syarikat baru. 

Jika anda berpeluang mendapat pekerjaan di tempat baru, think wisely before you go for it...

Jangan terkesima dan mudah percaya dengan kata² "Manager" dan pegawai HR yang "interview" kita untuk kerja kerana beliau sendiri pun mungkin sedang mencari peluang pekerjaan di tempat baru.

Hanya tunggu masa kita ganti tempat mereka.😅

#Merz
FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol

Comments

Popular posts from this blog

Visi dan Misi serta Schedule PW IPM Sulsel Periode 2014 - 2016

Orang yang dicintai Allah SWT

... KISAH MENGHARUKAN, KETULUSAN CINTA SEORANG SUAMI ...