Sisi Gelap Peguam (Credit : Hayat Muhammad)

Sisi Gelap Peguam. 

1- Mostly peguam hanya dapat 60% sahaja fee guaman walaupun dah dipersetujui awal. 40% baki biasanya orang tak bayar, tak nak bayar, dan enggan bayar. Ada yang bayar 100% tetapi tak ramai. Orang akan mintak diskaun gila gila. 

2- Mostly client kalau terdiri dari kawan-kawan akan bermasalah. Sebab mereka akan mintak tolong bukannya nak lantik peguam professionally pun. Mereka takkan ikut standard legal fees kita tetapi nanti akan bagi “duit air” ikut suka mereka. Kalau ada kawan-kawan yang boleh bayar legal fees dengan baik, mereka sangat dihargai. Ada jer yang langsung tak nak bayar walau satu sen. 

3- Mostly kerja peguam sangat tidak ada ketentuan. Sebab keputusan perbicaraan akan ada yang menang, ada yang kalah. Hari tak selalunya cerah. Kadangkala ketika awal, kita rasa boleh menang. Bila semua saksi beri keterangan, fakta yang ada tidak memihak. Kena hadapi apa jua keputusan. Hukuman kadangkala berat. Penjara berpuluh-puluh tahun. Benda ni akan menghentak pemikiran jiwa dan emosi peguam. Kena belajar tenangkan diri. Kena belajar berserah. Kita masih ada peluang untuk buat rayuan di Mahkamah yang lagi tinggi. 

4- Peguam juga manusia biasa. Nak hidup macam orang biasa kadangkala tak boleh. Handphone ringing sepanjang masa. Ramai orang tanya isu undang-undang dan mahu jawapan segera. Tak angkat salah. Kalau angkat, kadangkala berjam-jam kena explain. Bila dah dapat jawapan, barulah diaorang nampak jalan. Tapi diorang lantik peguam lain pula. Banyak waktu orang call pukul 1-4 pagi. Biasanya bila ahli keluarga kena tangkap. Cuti kadangkala tergadai. 

5- Mostly orang call tanya harga. “Berapa kalau lantik kes seksyen 39B?”. Pastu orang akan call lawyer lain pulak. Diorang nak harga paling murah tetapi nak cari lawyer paling handal. Sebenarnya kalah menang semua bergantung pada fakta kes, saksi dan bukti. Kalau dah terang dan jelas, payah juga. Jadi peguam akan fikirkan apa alternatif lain. Kau kena faham apabila peguam masukkan surat representasi. 

6- Mostly orang akan marah kalau peguam nasihatkan supaya mengaku salah. Bila meneliti kes, setelah keterangan saksi, Peguam akan beri nasihat. Sebabnya kes tak kuat untuk diteruskan. Masa ni orang akan kata “Buat apa pakai peguam?”. Kita fikir yang terbaik buat tertuduh. Hukuman apabila selepas habis semua saksi beri keterangan adalah berbeza kalau mengaku salah di awal perbicaraan. 

7- Berhadapan dengan orang yg tak puas hati. Kita lawan dalam court. Tapi orang yang kita lawan akan viralkan kita, ugut semua benda. Kita sama-sama lawyer tak ada masalah. Kita kena hadap. Kadangkala benda ni berpanjangan. Dalam FB, kau mesti pernah tengok, orang akan hentam lawyer apabila tak suka dengan seseorang yang dia wakili. 

8- Ramai kawan-kawan dalam legal profession secara senyap kena santau. Asal nak bicara je, klien mintak nama. Dia nak buat kes dia menang, habis orang demam. Orang yg lalui sahaja memahami. Siapa yg dia jumpa pun tak tahulah. Nak tidur malam, nak start bicara, tengah bicara, semua benda pelik datang. 

9- Kerja yg memerlukan jumpa orang sepanjang masa. 10 orang nak jumpa. Arrangelah kat ofis atau mana-mana. Kalau jumpa minum kat mana-mana, duit peguam jugak yg bayar. Jumpa just nak tanya tanya sahaja. Dari 10 tu belum tentu semua lantik kita. Kalau dapat 2 orang pun okay. Ada yang dajalkan kita, suruh jumpa di Kota Bharu, lepas jumpa dapat apa jawapan yg dia nak, dia pun blah macam tu. Duit minyak kita turun, dia tak bayar. Baiklah call je nak tanya apa-apa. 

10- Lantikan yang tak jadi. Benda ni kena redha. Kita dah dilantik, kita pergi mahkamah, orang lantik peguam lain. Benda ni memang ada orang buat. Kita pun pulanglah dengan kecewa. Kita tak ada hal. Tapi cakaplah awal-awal. Sebab apa tak jadi? Sebab saat-saat akhir, ada orang potong di selekoh akhir. Bisnes ini merupakan sebuah persaingan. Normal je persaingan ini. Kadangkala benda ni tak sihat. 

11- Profession peguam ni orang akan memandang dengan negatif. Persepsi negatif orang masih menebal. Kita cakap “ innocent until proven guilty” orang tak percaya. Diorang bagitau kita “ Guilty until proven innocent” tu yang betul. Kalau dah ada report, kira salah la. Hahahah. 

12- Adakala klien kita sendiri jadi lawan kita. Kita dah buat yang terbaik, tetapi ada waktu, klien kita sendiri saman kita. Kita sendiri pun pernah lawan client kita sendiri. Ada orang bila kes selesai, dia lari. Taknak bayar. Last last jumpa semula atas kes yang lain. Kita relax je. 

13- Kita pun banyak tolong orang buat kes percuma atau kenakan fee yg rendah. Tapi orang tak tahu. Sebab persepsi negatif yg tebal, orang tak nampak ialah satu kebajikan dan kebaikan. Orang hanya berfikir peguam sebelah kaki masuk neraka. Kecuali apabila terdesak memerlukan peguam, barulah orang akan berterimakasih kepada peguam. 

14- Ramai jugak orang menggunakan peguam untuk mengukuhkan kedudukan. “ This is my lawyer.” “Please contact my lawyer!”. Kalau orang tersebut ada good character, kita tak ada masalah. Tapi kalau dia suka bergaduh dengan orang, reputasi kita akan bermasalah. Ada jugak orang petik nama kita apabila nak takutkan orang. Padahal kita tak kenal pun orang tu. “Betul ke awak peguam orang ni?” “Tak!”. Benda ni pun kita dah kena. 

15- Lawyer akan berhadapan dengan ugutan, cacian, makian. Nak semua tenang, indah, smooth, memang payah. Hati kena keras. Ini akhir zaman. Cara orang bergaduh lain macam. Bila orang tak puas hati, zahir batin orang guna nak jatuhkan kita.

16- Kadang kala rasa buntu. Kita akan solat hajat untuk mintak cara dan kaedah bagaimana nak selesaikannya. Kita tahajud, kita berzikir supaya Allah beri petunjuk. 

17- Sebenarnya banyak kes boleh menang. Tapi orang tak mampu pakai lawyer. Ada jugak kes boleh menang, tapi saksi tak nak beri kerjasama. Benda tu paling frust. 

18- Sebenarnya jugak kan, banyak kes boleh menang. Tapi orang tak lantik kita. Kita nak bagitau bagaimana boleh menang, kita tak boleh. Sebabnya kes orang tu sama dengan kes yang kita dah handle dengan fakta yg sama dihadapan Tuan Hakim yang sama. Tapi apakan daya…

19- Kadangkala orang kampung kita tak yakin dengan kita. Tapi orang yg jauh pula yakin dengan kemampuan kita. “Kito nak pakai lawyer Kolupo!”. Sedangkan ore Kolupo pakai kita. Terpulanglah. Kalau orang was-was dengan kita, tak ada hal. 

20- Sebenarnya peguam masih tak cukup. Walaupun peguam ramai, tapi nak cari yg betul-betul mahir, tak ramai yer. Setiap peguam ada experties dia. 

21- Sebenarnya kita peguam tak ambik semua kes. Banyak kes jugak kita tolak. Ada sebab kita tolak. Maksudnya kita bukan letak keutamaan pada duit sahaja. Kita tengok merit kes macammana. 

22- Walaupun ada sisi gelap, sisi yang baik ialah kita mampu membantu masyarakat dalam bidang ni. Semua famili akan ada masalah undang-undang yg perlu diselesaikan. Jadi profession peguam tidaklah tamat di sini. 

Selamat berjaya kawan-kawan. Saja bercerita supaya orang tahu bahawa realiti hidup ini keras. ILUSM. Haha.

Comments

Popular posts from this blog

Visi dan Misi serta Schedule PW IPM Sulsel Periode 2014 - 2016

Orang yang dicintai Allah SWT

... KISAH MENGHARUKAN, KETULUSAN CINTA SEORANG SUAMI ...