17.04.2006 - 17.04.2024 (Credit : Lukman Al Hakim)

Setelah 18 tahun bertugas di syarikat minyak dan gas multinasional, ada beberapa pelajaran dunia korporat yang begitu membekas di hati yang saya rasakan bermanfaat untuk dikongsikan dengan semua:

1. Sijil graduasi dari kolej atau universiti hanya tiket untuk melangkah masuk ke dunia korporat, bukan jaminan kejayaan sebenar dalam arena ini

2. Semua orang bermula pada garisan yang sama walaupun trek larian dan garisan penamat tidak semestinya serupa untuk semua

3. Dunia korporat sama sahaja dengan dunia politik. Kedua-duanya boleh jadi kotor jika diberikan kepada tangan yang salah

4. Biasanya bos atasan kita (direct report) penentu segalanya. Dia boleh menjadikan kita mampu atau mampus (make or break)

5. Budaya korporat tidak akan mampu mengubah perangai dan karakter kita, hanya kemahuan dan kesungguhan peribadi yang mampu mengubah segalanya

6. Selain membaca buku atau material dalam bidang yang diperlukan, kemahiran membaca masa depan dan membaca orang juga amat penting untuk berjaya

7. Kerja kuat semata-mata tidak memadai. Ia perlu disertai strategi dan jaringan perkenalan dengan pihak-pihak berkepentingan

8. Keseimbangan antara kerja dan kehidupan peribadi (work-life balance) begitu subjekif dan terlalu banyak definisi. Cipta dan patuh dengan versi anda sendiri

9. Tidak kira walaupun sebesar mana jawatan atau kuasa seseorang bos, dia tetap manusia biasa yang ada emosi, minda dan fizikal yang sama fitrahnya dengan kita

10. Kehebatan strategi dan perancangan teknikal yang dibuat pasti akan kalah kepada takdir Allah SWT yang terkadang tidak boleh dijelaskan sepenuhnya dengan undang-undang dunia

Comments

Popular posts from this blog

Visi dan Misi serta Schedule PW IPM Sulsel Periode 2014 - 2016

Orang yang dicintai Allah SWT

... KISAH MENGHARUKAN, KETULUSAN CINTA SEORANG SUAMI ...