ANAK MUDA YANG WAJIB DICONTOHI! [Credit : Aliff Ahmad]
Ini Zul. Dia seorang jurutera senior di sebuah GLC terkemuka di Malaysia. Dia baru dinaikkan pangkat sebagai pengurus. Tapi, setiap malam, dia akan buat servis cuci pejabat.
Dia ni seorang anak yang baik. Ibunya yang terlantar sakit dia jaga, adiknya yang “down syndrome” pun dia jaga. Mana kau nak dapat anak jantan seperti dia ni?!
Masa mula-mula aku kenal dia. Dia buat servis mencuci rumah (domestic cleaner) sebagai kerja sampingan. Ketika itu, aku mencari pencuci komersil (commercial cleaner) disebab pencuci yang aku panggil dari luar ini punyalah selekeh.
Di Australia dulu, aku juga buat servis seperti dia. Daripada aku belajar, sehingga aku menubuhkan syarikat pembersihan komersil (commercial cleaning service company) yang mendapat hasil AUD140k setahun. Aku dilatih secara profesional di sana sehingga aku boleh masuk membida kontrak-kontrak pembersihan komersil.
Maka, aku turunkan segala ilmu, teknik, standard, sop, dan berkongsi pengalaman aku kepada Zul supaya Zul boleh memulakan servis pembersihan komersil mengikut standard dan sop Australia. Segala peralatan yang digunakannya juga mengikut spesifikasi pencuci profesional di Australia.
Alhamdulillah. Sesiapa yang datang ke pejabat aku akan bagitahu yang pejabat aku sangat bersih. Yang paling penting, bersih dan suci. Mop tandas lain, mop dapur lain, mop lantai marmar pun lain. Kain pun yang ada kod warna untuk kegunaan yang berlainan.
Di saat ramai anak muda hari ini berkira nak kerja lebih waktu, taknak kerja lebih masa, sembang “work life balance” dan hidup hanya mengadu nasib di media sosial, Zul terus jalan seorang diri. Aku pernah tanya Zul,
“awak ok ke, tak penat ke?”
Zul jawab,
“Takdahal bang, saya niat bersenam je. Saya bersenam macam ni dapat duit. Kalau saya main futsal, saya kena buang duit. Lagipun, saya tanggungan banyak. Oklah bang, bersenam pun dapat duit, bukan buang duit..”
Jawapannya persis jawapan guru “cleaning” pertama aku, Aswad @ Bomoh Bursa.
Apa pun, aku sangat kagum dengan sikap dan mentalitinya. Lain daripada yang lain. Ini anak muda yang progresif. Siang jurutera elektrik, malam jurutera kebersihan. Dia nak cari duit lebih, dia kerja, bukan masuk politik atau jadi penjilat politikus.
Siapa nak dapatkan khidmat pemberisihan pejabat daripada Zul, boleh hubungi dia. Dia “cover” kawasan Sepang, IOI Putrajaya, Bangi dan Kajang. Aku bagi jaminan, kerja dia sangat mantap. Lagipun, baiklah korang belanja dekat kebersihan pejabat korang daripada korang bayar cukai ke LHDN.
Kan?
Betul tak?
Comments
Post a Comment