Kakak yang belanja seorang warga emas.

Ada seorang kakak ini tadi beliau mai makan, masa nak balik beliau nampak pakcik ni sedang datang ke NKS. Beliau tengok sahaja pakcik ini terus beliau datang ke kaunter beliau cakap nak belanja pakcik ini. Pakcik ini pun datang ke depan beliau cuma minta nasi dan hati ayam sahaja, kakak yang kata nak belanja itu pun suruh pakcik ini ambil ja lauk lain, tetapi pakcik kata beliau tidak mempunyai duit, kakak itu pun kata tidak apa saya belanja. Pakcik itu pun ambil nasi ikan seekor dan air teh o ais. 

Pakcik ini jadi gembira terus bukan kerana dapat makan ikan tetapi beliau gembira kerana beliau rasa ada juga orang yang ambil berat terhadap beliau.

Saya rasa diluar sana ramai lagi warga emas seperti pakcik ini yang selalu hanya makan nasi sahaja tanpa lauk kerana tidak mampu. Jadi kita yang muda inilah perlu menolong mereka. Dapat belanja mereka ini makan pun cukuplah. Tambahan pula bila kita berbual mesra dengan mereka lagilah mereka akan gembira. Jika bukan kita maka siapa lagi yang akan menyantuni mereka yang tua yang asnaf ini?

Credit : Nasi Kandar Sulaiman

Comments

Popular posts from this blog

Visi dan Misi serta Schedule PW IPM Sulsel Periode 2014 - 2016

Orang yang dicintai Allah SWT

... KISAH MENGHARUKAN, KETULUSAN CINTA SEORANG SUAMI ...