Makan Sambil HP

Siapa yang makan sambil tengok phone, lappy atau sambil buat benda lain, baca perintah Allah dalam ayat 24, surah 'Abasa ni.

فَلْيَنْظُرِ الْاِنْسَانُ اِلٰى طَعَامِهٖٓ
'Maka manusia itu, hendaklah memerhatikan makanannya.' 

Lafaz نظرِ bukan sahaja bermaksud ‘melihat’ tapi renungkan dengan mendalam dan memikirkan tentangnya. 

Kita hanya dapat berfikir sesuatu dengan lebih mendalam, sekiranya kita melihat dalam tempoh lama dan fokus kepada sesuatu itu. 

Dari pemerhatian mendalam itulah, kita dapat memahami dan lebih mensyukuri segala nikmat yang bukan semua orang dapat nikmat sedemikian.

Dapat nampak kebesaran Allah, dalam proses sesuatu makanan itu untuk sampai kepada kita. Bila nampak, tak sanggup kita nak bazirkannya. 

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakhbar. 

Setiap perintah Allah, pasti hanya kebaikkan buat hambanya. Sama sama kita berazam untuk menjadi hamba yang lebih baik dari sebelumnya. 

Moga kita semua, tidak tergolong dikalangan orang orang yang rugi. Aamiin 🤲🏻

Comments

Popular posts from this blog

Visi dan Misi serta Schedule PW IPM Sulsel Periode 2014 - 2016

Orang yang dicintai Allah SWT

... KISAH MENGHARUKAN, KETULUSAN CINTA SEORANG SUAMI ...