PROFESOR

PROFESOR 
Credit : Muhammad Norshafiq

Sebagai orang awam, saya bertanggapan bahawa; para ilmuwan bertaraf Profesor berada pada kedudukan yang cukup tinggi. Semua orang sedia maklum tahu bukan mudah untuk mana-mana pendidik dilantik sebagai Profesor.

Makanya, gelaran paling terhormat dalam dunia akademia itu perlu dijaga tahap kewibawaannya, selaras dengan status penyandang jawatan yang semestinya memiliki tahap pendidikan formal tertinggi.

Pun begitu, orang awam juga harus dididik tentang perbezaan antara jawatan 'Profesor' yang disandang versus bidang kepakaran khusus yang melayakkan seseorang individu untuk memperoleh gelaran tersebut.

Profesor dalam bidang linguistik sebagai contoh, beliau sememangnya diiktiraf sebagai seorang pakar dalam bidang bahasa tertentu mengikut pengkhususan di setiap cabang pengajian yang diambil; terutamanya di peringkat pasca-siswazah (Sarjana & Doktor Falsafah).

Oleh hal yang demikian, Profesor 'Bahasa' adalah pakar dalam bidang bahasa sahaja; bukan pakar Agama atau pakar Sejarah, apatah lagi pakar Arkeologi dan pakar Ekonomi. Ini hakikat yang perlu diteladani oleh semua orang.

Setiap cabang ilmu ada pakar yang diiktiraf tahap keilmuwannya, seiring dengan sifat manusiawi yang serba terhad. Adalah agak mustahil untuk seseorang manusia biasa mampu menguasai segenap cabang ilmu secara mendalam meskipun memiliki tahap 'Intelligent Quotient' (IQ) setinggi para genius tersohor.

Comments

Popular posts from this blog

Visi dan Misi serta Schedule PW IPM Sulsel Periode 2014 - 2016

Orang yang dicintai Allah SWT

... KISAH MENGHARUKAN, KETULUSAN CINTA SEORANG SUAMI ...