HUMANS OF KUALA LUMPUR - Abu Bakar

Credit : Aizat Azizi

"Saya meninggalkan tanah air Bangladesh 31 tahun lalu ketika anak kelima saya baru berusia 6 bulan. Saya tidak pulang sejak itu. Saya merindui keluarga saya dan mereka juga merindui saya. 

Tetapi ini untuk mereka. Semua ini untuk masa depan mereka. Saya datang ke Malaysia kerana saya dengar terdapat banyak pekerjaan di sini. Walaupun ia hanya melakukan kerja yang tiada orang lain mahu lakukan, saya akan melakukannya. 

Saya telah melakukannya 7 hari seminggu, 365 hari setahun selama 27 tahun yang lalu. 

Saya tidak pernah mengambil satu hari cuti sakit mahupun hari cuti. Dan saya masih kuat, insha'Allah. Keperluan saya di sini mudah sahaja. Saya menghantar sebahagian besar pendapatan saya kembali kepada keluarga saya. 

Saya bangun, saya mandi, saya sarapan, saya pergi kerja, saya balik, saya bercakap dengan keluarga saya di rumah melalui telefon, saya berehat dan ia adalah perkara yang sama pada keesokan harinya, dan keesokan harinya. Saya juga telah mendapat beberapa kawan baik di sini. 

Salah seorang daripada anak perempuan saya kini seorang hakim, seorang lagi doktor dan seorang jurutera. Saya bersyukur dengan apa yang telah mereka capai. 

Disember ini saya akan pulang ke rumah untuk selama-lamanya dan akhirnya berjumpa keluarga saya semula. Ini akan menjadi kali pertama saya akan melihat dua cucu saya juga. Saya tidak sabar." 

HUMANS OF KUALA LUMPUR -
Abu Bakar ialah seorang tukang cuci berusia 70 tahun yang bekerja di Klang Parade. Dia adalah yang tertua di kalangan kumpulannya.

Gambar diambil di Klang Parade ketika kru meraikan pencapaian mereka untuk memenangi anugerah Tandas Awam Terbersih (Mall) Klang oleh Majlis Perbandaran Klang. 

Gambar - Ariel Chew 
Disunting - Mushamir Mustafa

Comments

Popular posts from this blog

Visi dan Misi serta Schedule PW IPM Sulsel Periode 2014 - 2016

Orang yang dicintai Allah SWT

... KISAH MENGHARUKAN, KETULUSAN CINTA SEORANG SUAMI ...