'Si Penjual Es Teh'
'Si Penjual Es Teh'
Kredit : Mohd Fadli Salleh
Lelaki ini bernama Sunhaji. Sejak kecil, beliau yatim piatu dan menjalani kehidupan yang penuh kesusahan. Kini, beliau menumpang di rumah mertuanya yang kecil dan sempit. Namun begitu, beliau seorang yang rajin, ringan tulang, dan sangat peramah.
Sunhaji juga aktif di masjid sebagai bilal dan sering menghadiri ceramah agama sambil menjual teh ais untuk menyara keluarganya. Pada hari kejadian beliau dimalukan, sebenarnya Sunhaji sedang berusaha mencari wang untuk mengisi minyak motor bagi pulang ke rumah. Malam itu, beliau hanya berjaya menjual 7 gelas teh ais dengan pendapatan sebanyak 35,000 rupiah (RM8.30). Daripada jumlah itu, 15,000 rupiah digunakan untuk minyak, manakala baki 20,000 rupiah (RM5.50) dibawa pulang untuk perbelanjaan dua orang anaknya.
Namun, selepas video kejadian beliau dimalukan menjadi viral, ramai yang tampil membantu. Berikut adalah antara bantuan yang diterima beliau:
1. Seorang influencer, Willie Salim, menyumbang 100 juta rupiah (RM28,000) secara tunai, manakala Ustaz Adi Hidayat memberi 50 juta rupiah. Dr. Richard Lee dan Ustaz Salim Fillah pula berjanji menanggung kos pendidikan anak-anak beliau sehingga tamat.
2. Seorang individu bernama Bang Senja mengirim hadiah Tiktok bernilai 300 juta rupiah melalui Rian Ariffin.
3. Ustaz Muhammad Fakhrurrazi akan menaja Sunhaji dan isterinya untuk menunaikan umrah pada Ramadan nanti.
4. Masjid Nurul Ashri berjanji membina sebuah rumah untuk keluarga beliau dengan kos anggaran 300 juta rupiah.
5. Parti Gerindra menyediakan bantuan modal untuk perniagaan beliau.
6. Pelbagai pihak turut menyumbang sehingga jumlah keseluruhan bantuan mencapai 200 juta rupiah lagi.
Sunhaji pernah dihina oleh seseorang yang berpengaruh dalam kalangan masyarakat agama. Namun, beliau hanya tersenyum dan berdiam diri, menunjukkan kesabaran yang luar biasa. Kesabaran itu akhirnya dibalas berlipat kali ganda.
Sesuatu yang tidak pernah beliau impikan menjadi kenyataan—rumah baharu, tajaan umrah, dan rezeki berjumlah ratusan juta rupiah, semuanya dalam masa dua hari sahaja. Sesuatu yang mungkin mustahil di fikiran manusia, namun tiada yang mustahil bagi Allah Taala.
Comments
Post a Comment