Tiram tidak dilahirkan untuk menghasilkan mutiara
Itu bukan misi hidupnya.
Itu bukan tujuan asalnya.
Mutiara hanya wujud apabila tiram terganggu,
apabila benda asing seperti pasir, serpihan atau parasit masuk ke dalam tubuhnya secara senyap.
Dan tubuh kecil itu tidak punya senjata.
Satu-satunya cara untuk bertahan ialah dengan melindungi diri.
Maka ia mula menyelaputi 'luka' itu dengan lapisan demi lapisan nacre — bahan yang akhirnya menjadi mutiara.
Menariknya, proses ini bukan sekali. Ia berulang.
Hari demi hari. Minggu demi minggu.
Setiap lapisan adalah tindak balas diam terhadap ketidakselesaan.
Tiram tak mengadu. Ia tak menjerit. Ia hanya bertahan.
Dan tanpa sedar, ia mencipta sesuatu yang akhirnya dianggap antara objek paling bernilai di dunia yakni sebutir mutiara.
Mutiara bukan hasil dari nikmat.
Ia bukan lahir dari keadaan sempurna.
Ia wujud kerana ada gangguan. Ia tumbuh dari luka.
Dan proses itu panjang, perlahan, dan penuh tekanan.
Tapi lihatlah hasilnya, kilauan yang dicari manusia, simbol kemewahan, kecantikan dan keanggunan.
Semuanya bermula dari satu titik yang menyakitkan.
Hidup kita juga begitu.
Ada perkara yang kita tak minta, tapi tetap datang.
Ada kesakitan yang kita tak sempat elak. Tapi di situlah pertumbuhan berlaku.
Kita belajar jadi kuat bukan masa senang, tapi masa tiada pilihan.
Kita membina daya tahan bukan masa dipuji, tapi masa dilukai.
Dan dalam diam, kita bertukar menjadi sesuatu yang lebih kukuh, lebih halus, dan lebih bernilai.
Walaupun orang hanya nampak kilauan, bukan luka di dalam.
Mereka yang punya banyak ‘mutiara’ dalam hidup selalunya tak banyak bercerita.
Mereka terus melapisi luka mereka dengan akhlak, ilmu, dan amal.
Akhirnya, hidup mereka menjadi indah.
Bukan kerana tiada kesakitan, tapi kerana tahu bagaimana menanganinya.
Kerana itu,
Jangan cepat anggap tekanan sebagai kelemahan.
Kadang-kadang, tekanan itulah petanda awal bahawa sesuatu yang lebih berharga sedang terbentuk.
Dan bila sampai waktunya,
sebutir mutiara akan keluar dari tiram…
Bukan untuk kekal di dasar laut,
Tetapi untuk dinilai oleh dunia.
MasyaAllah.
Allah tak jadikan luka tanpa rahmat.
Dalam tekanan yang paling kecil pun, tersembunyi hikmah yang tak terjangkau akal.
Sahabat,
Jika anda pernah merasa ‘terluka’ dalam hidup, mungkin ini bukanlah penamat tapi permulaan.
Mungkin Allah sedang membentuk sesuatu yang berharga dalam diri anda.
Dan peluang untuk bangkit, berkembang dan menyinar semula sentiasa terbuka.
Comments
Post a Comment